BULETIN

Warga Jepun Gantung Diri.


Bintulu: Seorang eksekutif lelaki warga Jepun ditemui mati dipercayai menggantung diri di bandar ini, jam 9 pagi tadi. Mayat Tekasue Jue, 37 yang bekerja di sebuah kilang terkemuka di Zon Perindustrian Samalaju dekat sini, ditemui oleh kakitangan hotel bajet di sini.

Kakitangan hotel terbabit kemudian menghubungi pemilik hotel sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sekeping nota tulisan tangan mangsa berhubung rasa kecewa tidak dibenarkan pulang ke Jepun ditemui di bilik berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Sceng mengesahkan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Bintulu,di sini, untuk bedah siat.




Penculik Minta Wang Tebusan Besar

Gambar Sekadar Hiasan
Kota Kinabalu: Polis mengesahkan ada menerima panggilan berhubung permintaan wang tebusan terhadap keluarga Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then, 39, yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Restoran Ocean King, Sandakan pada 14 Mei lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, pihaknya ada bertemu dengan kedua-dua keluarga mangsa mengenai panggilan berkenaan namun jumlah wang tebusan yang diminta tidak dapat didedahkan kepada umum kerana jumlah agak besar.
"Kita ada menemui ahli keluarga mangsa dan mengesahkan mereka menerima panggilan daripada kumpulan suspek.
"Namun jumlah wang tebusan tidak dapat didedahkan kerana jumlah agak besar, " katanya hari ini.

Beliau dalam pada itu, turut mengesahkan kedua mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan dipercayai disembunyikan di sebuah pulau di perairan Filipina.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, kedua mangsa termasuk pemilik restoran terapung dan pelanggannya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan rifel dan M-16 sebelum dilarikan menggunakan dua bot menuju keluar dari perairan Sandakan serta dilaporkan meloloskan diri ke Pulau Jolo, Filipina.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, perintah berkurung fasa 19 yang tamat pada hari ini, akan dilanjutkan ke fasa seterusnya bermula 18 Mei 2015 dan akan berakhir pada 2 Jun 2015.


Disyorkan :
https://firmax3beautypower.blogspot.com/2018/10/isu-permohonan-imm13-diluar-pengetahuan.html?m=0
Isu Pas IMM 13 tanpa pengetahuan
Kerajaan Negeri Sabah - DSMSA

Izin Periksa Mental

GEMPAK...!!! Perkahwinan gay pertama

 lelaki Melayu Islam Malaysia

Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai

Pendakwah terkenal cedera ditetak di kepala

Misi Mencari MH370, Namun Apa yang 

dijumpai Memeranjatkan anda semua.

Mengaku palsu cop imigresen







Popular Posts