POLITIK

http://firmax3beautypower.blogspot.com/2015/05/jangan-ganggu-biar-generasi-baru-tadbir.html
JANGAN GANGGU, BIAR GENERASI BARU TADBIR NEGARA, NAJIB BERITAHU DR.M
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggunakan laman webnya sekali lagi, kali kedua dalam 10 hari, menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kebanyakan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan."Sambil menegaskan beliau menerima kritikan dengan "fikiran terbuka," Najib juga meminta bekas perdana menteri itu berundur, mengatakan walaupun pemimpin yang lebih tua harus dihormati, tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara."Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka."Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.
.......................................................................................................................................................
http://firmax3beautypower.blogspot.com/2015/05/najib-bertanggungjawab-atas-jawapan.html
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas jawapan bertulis yang diberinya di Dewan Rakyat berhubung aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Singapura, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, selepas Putrajaya mengatakan ia disediakan pegawai Kementerian Kewangan. Bekas perdana menteri itu menulis di blognya, seorang menteri mesti sentiasa memeriksa dan memastikan jawapan bertulis yang dikeluarkan atas namanya mengandungi maklumat tepat."Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada perdana menteri atau menteri oleh ahli Parlimen, walaupun jawapan itu disediakan pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku.

Popular Posts