Saturday 2 May 2015

Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai

Artikel pada tarikh: 20 Mei 2015.




JOHOR BAHRU - Dada dan cebisan daging dari badan bayi yang dikerat 15, telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, bahagian badan itu telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat sebelum dikebumikan.

Namun, usaha mencari kepala dan bahagian lain bayi tersebut masih diteruskan, kata Rusli.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan, setakat ini tiga orang telah tampil memberi maklumat.

"Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai maklumat yang dicari," kata beliau kepada pemberita mengenai perkembangan terkini kes bayi dikerat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara, di sini petang tadi.   

Beliau berkata, bahagian kepala dan alat kemaluan bayi antara anggota badan yang masih belum ditemui.

Rusli berkata, maklumat daripada penduduk sekitar amat diperlukan bagi meneruskan usaha mencari anggota bayi berkenaan selain mencari suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.
Pada kejadian Ahad (17 Mei), pekerja di loji kumbahan PPR berkenaan menjumpai anggota-anggota badan bayi yang dipercayai berusia tujuh bulan yang tersekat di perangkap sampah loji berkenaan.

Dalam perkembangan lain, polis menangkap seorang lelaki berusia 30an pada Isnin (18 Mei) yang dipercayai terlibat dengan kes seorang lelaki dilaporkan hilang beberapa bulan lalu, disyaki dibunuh, di daerah Muar.

"Suspek yang telah ditangkap itu telah mendedahkan lokasi pembunuhan berikut kepada polis semalam.   

"Polis dengan kerjasama pakar patologi telah menemui tulang manusia serta helaian kain yang dipercayai digunakan untuk membungkus mangsa setelah dibunuh," kata beliau.

Rusli berkata, suspek telah membunuh mangsa bersama seorang lagi individu, namun individu berkenaan sedang menjalani hukuman di penjara kerana kes jenayah yang lain.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tindakan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut," kata beliau.

Difahamkan, suspek kedua telahpun dipenjara sejak lebih lima bulan lepas atas kesalahan berkaitan dengan dadah.

Penemuan tulang dipercayai rangka manusia itu dijumpai tertanam berhampiran deretan rumah sewa di Parit Tiram, Jalan Haji Abdullah, Muar. - Bernama


Mengejutkan Lagi !! Sungguh Kjeam!! APA SALAH BAYI INI HINGGA DI KERAT-KERAT?

Johor Bahru: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui oleh kontraktor kumbahan kira-kira 10.30 pagi ketika melakukan kerja mengambil sampah di perangkap sampah loji itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 1.30 petang selepas penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui pekerjanya adalah bayi selepas ia dibasuh.

"Ketika mengambil sampah, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan yang terperangkap di perangkap sampah.
"Apabila dikumpul dan dibasuh, ia adalah mayat bayi, namun kepala bayi berkenaan masih belum dijumpai," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan.

Sumber info 2



Popular Posts