Sunday 26 April 2015

MASALAH JERAWAT OLEH FIRMAX-3



MASALAH KULIT MUKA 

MASALAH JERAWAT ? PERMASALAHAN HORMON DAN JERAWAT.
Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri.
Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda. Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. 

Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Dan menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. 

Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat. Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. 

Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut. 



Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah: 
  • Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause. 
  • Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual. 
  • PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut 
Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. 






NOTA DARI FIRMAX3: 
Formulasi sempuna dan diakui sebagai pemulih hormon semulajadi terbaik .bintang baru dunia bio-perubatan yang lebih efectif dan berkesan. Kandungan istemewanya diketahui mengimbangi pengeluaran hormon secukupnya untuk menghindari jerawat dan kesihatan serta kehidupan yang sempurna, juga sebagai pencegah jangkitan, menukar phytohormone, mengimbangi metabolisme, antioksida dan merehatkan otot firmax3 juga membantu menghindarkan jerawat, menghalus serta melembutkan kulit wajah selembut sutera.



Popular Posts