kisah 10 binatang pelik yang ditemui sepanjang tahun 2013. Walaupun ada yang biasa kita temui namun sifatnya berbeza. So enjoy semua!!!
1. Blobfish
Blobfish ini dikenali sebagai haiwan yang paling hodoh di dunia. Biarpun ahli-ahli sains telah mengetahui tentang "Psychrolutes Marcidus" lebih kurang 85 tahun yang lalu, namun ikan ini yang digelar blobfish telah dinobatkan sebagai haiwan terburuk didunia pada tahun 2013. Ia juga telah diterima sebagai maskot rasmi kepada "Ugly Animal Preservation Society ".
2. Jerung putih (White Shark)
Cerita kehadiran Jerung putih diluar pantai Florida, Carolina taua New England adalah biasa. Namun pada tahun ini, ia muncul buat pertama kali di perairan Newfoundland.
3. Sotong gergasi
Sotong gergasi telah berjaya difilemkan untuk kali pertama tahun ini. Sotong gergasi yang berukuran 3 meter panjang ini, ditemui terdampar di persisiran pantai.
4. Vertebrata Terkecil Di Dunia
Katak sepanjang 7mm dikenali sebagai vertebrata hidup (haiwan bertulang belakang) yangterkecil di dunia. Katak kecil, yang dinamakan Paedophryne amanuensis ditemui di Papua New Guinea.
5. Serangga Terbang
Serangga ini telah 'menghilangkan diri' 160 tahun yang lalu. Namun pada tahun ini ia muncul buat pertama kali di Eropah.
6. Katak Berwarna ' koko '
Katak berwarna 'koko' pertama kali ditemui pada tahun ini di Republik Suriname, di timur laut Amerika Selatan. Ianya mirip kepada filem Harry Porter.
7. Olinguito
Haiwan ini kelihatan seperti kacukan antara kucing dan teddy bear. Olinguito adalah spesies mamalia karnivor, yang pertama kali ditemui di Hemisfera Barat pada tahun ini dalam masa 35 tahun.
8. Burung kakak tua
Ahli sains telah berjaya menemui "kunci" kepada Otak burung kakak tua, buat pertama kali pada tahun ini. Kunci ini telah membuka rahsia kenapa burung kakak tua mampu meniru pelbagai bahasa manusia.
9. Labah-labah
Spesies baru labah-labah yang ditemui di Peru ini dianggap bijak. Mereka menggunakan "umpan" labah-labah yang lebih besar untuk melindungi mereka. "Umpan" tersebut akan digerakkan sekiranya pemangsa mendekati mereka
10. Oarfish
Kemunculan Ikan lagenda ini yang pertama kali ditemui didasar laut, pada Mac tahun ini, dianggap membawa petanda bencana.