Friday 22 May 2015

Ditemui Mati Selepas Langsai Hutang.

ANGGOTA forensik membuat siasatan di lokasi kejadian. FOTO hiasan Pembaca.

Kuala Kubu Bharu: Mayat seorang pemandu lori ditemui tertiarap di tepi Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran sebuah gerai cendol dengan cedera di kepala dan hidung serta lebam mata kanan dipercayai dibunuh sebelum ditemui orang awam pada 6.30 pagi tadi.
Mangsa P Thevinthiran, 34, ditemui orang awam kira-kira 500 meter dari motosikalnya yang diletakkan di jalan tanah merah berdekatan kebun kelapa sawit.
Isteri mangsa yang dikenali sebagai Prema, 30-an, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya melalui telefon bimbit pada 11 malam tadi.
"Suami beritahu dia sudah selesaikan hutang di sebuah kedai runcit di Rasa dan juga hutang dengan kawannya di Batang Kali.
"Lepas itu dia tak cakap apa-apa dan pagi ini saya dapat panggilan dia ditemui mati," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan.



Popular Posts