Thursday 21 May 2015

Hafiz Nikah 14 Mei 2016


Petaling Jaya: Penyanyi popular, Hafiz Suip, 25, mengesahkan bakal bernikah dengan Nureffy Jasreel, 22, pada 14 Mei tahun depan.
Hafiz berkata, tarikh itu dipilih sempena tarikh lahir tunangnya itu.
“Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih,” katanya.
Menurut Hafiz, setakat ini mereka belum membuat sebarang persiapan kerana Nureffy perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.
Mereka bertunang pada 27 Februari lalu di Kuching, Sarawak.


Popular Posts