Majalah teknologi Gizmag melaporkan, telefon berkenaan ketika ini hanya boleh didapati di Jepun dan didatangkan dalam pilihan warna merah, kuning dan hijau.

Katanya, G02 diberi penarafan untuk memenuhi standard kekuatan dalam pelbagai kategori termasuk kalis air, habuk dan kejutan di samping boleh merakam gambar di dalam air garam.

“Perisian kamera telefon ini mempunyai mod dalam air untuk mengekalkan warna terang apabila mengambil gambar kehidupan laut.

“G02 turut telah diuji untuk ketahanan terhadap kelembapan, suhu yang melampau, tekanan rendah malah ais dan kitaran beku,” katanya.

Kyocera Corporation menjangkakan telefon itu sesuai untuk pelayar, pejalan kaki, pendaki, pelari dan mereka yang gemar aktiviti berkhemah.

Ini kerana telefon ber­kenaan didatangkan de­ngan aplikasi mengesan cuaca dan keadaan air, peta luar talian dan sebagai pemantau senaman.

G02 dengan skrin 4.7 inci berdefinisi tinggi (HD) menggunakan material kaca dipanggil ‘Dragontrail X’ direka untuk menjadi responsif ketika menyentuh permukaan skrin yang basah.