Saturday 23 May 2015

MISTERI LUKISAN BERHANTU " The hands resist him"

Sekitar bulan februari tahun 2000, sekeping lukisan telah muncul dibuka untuk bidaan dilaman sesawang eBay.


Lukisan yang bertajuk 'The Hands Resist Him' ini dengan pantas diangkat reputasinya setelah bilangan 'viewed'nya mencapai hampir sepuluh ribu orang, disamping beberapa orang telahpun mengambil bahagian untuk membida lukisan ini hanya dalam masa beberapa hari ia dimuat naik.

Apa yang menarik dengan lukisan ini sehingga ia begitu hangat diperkatakan?

Ia bukanlah sekeping lukisan tinggalan pelukis terkenal zaman lampau. Langsung tidak mempunyai kod-kod rahsia seperti lukisan monalisa.

Sebab mengapa lukisan ini begitu diberi perhatian adalah kerana penjualnya mendakwa lukisan ini berhantu.

Keluarga yang ingin menjual lukisan ini mendakwa mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan lukisan ini semenjak dari hari pertama mereka menemuinya didalam sebuah gudang bir lama.

Dalam iklan untuk bidaan itu juga turut disertakan 'Disclaimer' sebagai peringatan untuk sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memilikinya.

Lukisan ini disimpan oleh keluarga tersebut didalam rumah mereka hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja apabila anak perempuan mereka mula mengadu tentang keanehan lukisan itu.

Anak mereka mengadu bahawa dia beberapa kali melihat 'budak-budak' didalam lukisan itu seringkali bergaduh sesama mereka.

Katanya, budak perempuan didalam lukisan itu sering mengugut budak lelaki disebelahnya dengan objek yang dipegang ditangannya.

Anak perempuan mereka juga turut mendakwa bahawa kedua-dua 'budak' didalam lukisan itu juga kadangkala keluar meninggalkan lukisan itu dalam bentuk 'hantu' dan menyambung pergaduhan mereka.

Pada mulanya pasangan ini meragui cerita anak perempuan mereka dan meyakinkan kanak-kanak itu bahawa itu hanya sebuah lukisan biasa.

Dalam usaha meyakinkan anaknya itu, mereka memasang sebuah kamera pengesan pergerakan untuk memerhatikan lukisan itu. Selama 3 hari 3 malam kamera berkenaan dipasang, hasilnya diperiksa.

Memandangkan ia sebuah kamera pengesan pergerakan, ia hanya akan merakam imej jika ada sebarang pergerakan yang dikesan berlaku disekitarnya.

Hasilnya amat mengejutkan apabila ada imej dirakam oleh kamera tersebut. Walaupun figura didalam lukisan itu tidak bergerak, warna-warnanya seakan-akan berubah dan imej bateri pada tangan 'budak perempuan' dalam lukisan itu berubah menjadi bentuk seakan sebuah senjata.

Lukisan itu seakan mempunyai kehidupannya sendiri. Objek pada tangan itu mungkin berubah akibat kesan pencahayaan yang berubah-ubah, namun keluarga berkenaan berkeras menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lukisan tersebut.

Mereka mahu lukisan itu jauh dari mereka namun tidak berani untuk membuang atau bertindak membakarnya lantas memuat naik lukisan ini di eBay.

Mereka memutuskan untuk membiarkan pembeli dan orang ramai yang membuat keputusan dan tindakan sewajarnya keatas lukisan ini.

Disclaimer: "Amaran: Jangan membida pada lukisan ini jika anda terdedah kepada penyakit yang berkaitan dengan tekanan, (atau jika anda) lemah jantung atau tidak biasa dengan peristiwa-peristiwa luar biasa. Dengan membida pada lukisan ini, anda bersetuju untuk melepaskan pemilik semua liabiliti berhubung dengan penjualan, atau apa-apa peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas jualan, yang mungkin menyumbang kepada lukisan ini. Lukisan ini mungkin atau mungkin tidak mempunyai kuasa ghaib yang boleh memberi kesan atau mengubah hidup anda".

Pelukis asal untuk karya yang diselubungi kontroversi misteri ini bernama Bill Stoneham dari Oakland, California.

Karya ini dilukis sekitar tahun 1972 berdasarkan sekeping foto lama dirinya yang berusia sekitar 5 tahun sebagai rujukan.

Bidaan lukisan ini bermula pada harga USD$199 dan diakhir bidaan berlangsung, ia berjaya dibeli oleh Perception Gallery di Grand Rapids, Michigan dengan harga USD$1025.

Galeri ini kemudian terus menghubungi Bill Stoneham yang membawa kepada sejarah disebalik lukisan ini.

SEJARAH


Lukisan ini dipamerkan buat kali pertamanya disebuah pameran seni di Los Angeles sekitar tahun 1970an dan kemudiannya dibeli oleh seorang pelakon, John Marley (yang turut berlakon dalam filem 'The Godfather', membawa watak sebagai Jack Woltz).

Sebelum lukisan ini dijual, ia pernah dikritik oleh seorang pengkritik seni yang kemudiannya mati setahun selepas itu. Pemilik galeri dimana lukisan ini dipamerkan turut mati setahun selepas pameran itu.

Walaupun ia mungkin suatu kebetulan, Stoneham sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa kematian mereka adalah suatu permulaan bagi sumpahan yang dibawa lukisannya.

John Marley kemudiannya mati sekitar tahun 1984 setelah menjalani pembedahan jantung dan telah dikebumikan di Cedar Park Cemetary, Emerson, New Jersey.

Bermula saat itu, perjalanan karya ini menjadi misteri. Tidak diketahui siapa yang menjadi pemilik lukisan berkenaan sehinggalah ia ditemui oleh keluarga ini yang terus membawanya pulang kerumah tanpa berfikir panjang.

Bill Stoneham tidak menyangka lukisan yang berusia hampir 40 tahun itu boleh mendatangkan semangat sebegitu, namun tidaklah terlalu terkejut memandangkan sebelum ini pernah berlaku dua kematian dalam satu masa setelah lukisan itu mula dipamerkan dahulu.

Bermula dari ianya dimuatnaik di eBay sehinggalah ditempatkan di 'rumah' barunya di Perception Gallery, lukisan ini masih terkesan kepada sesetengah orang yang lemah semangat apabila melihatnya.

Ada yang mendakwa mula merasa tidak sihat dal lebih teruk, ada juga yang sampai jatuh pengsan.

Ramai diantara kanak-kanak yang melihat lukisan ini diserang histeria sejurus melihatnya, mereka mendakwa mula didatangi mimpi-mimpi seram dan mula menjerit ketakutan.

Memandangkan populariti lukisan itu meningkat secara mendadak, Bill Stoneham kemudian menghasilkan dua lagi sekuel kepada lukisan ini.

Saksikan video berkaitan dengan artikel ini.





Popular Posts