Wednesday 27 May 2015

800 Penduduk Rumah Air Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran

KIRA-KIRA 120 rumah papan di perkampungan atas air di Kampung Saguking, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi, mengakibatkan lebih 800 penduduk hilang tempat tinggal.- Foto BERNAMA
Artikel disiar pada: Rabu, 27 2015

LABUAN: Kira-kira 120 rumah papan di perkampungan atas air di Kampung Saguking, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi, mengakibatkan lebih 800 penduduk hilang tempat tinggal. 

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dikatakan bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berikutan kedudukan yang rapat antara satu sama lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.50 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang sebelum menghantar sepasukan anggota bersama beberapa jentera ke lokasi. "Operasi dijalankan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta pasukan bomba sukarela dan penduduk kampung," katanya. Zainal berkata, punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.


Artikel disiar pada: Rabu, 28 2015

LABUAN: Sejumlah 447 mangsa kebakaran daripada 82 keluarga di Kg Gersik Saguking berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan. Pegawai kebajikan JKM, Jamil Jimon, berkata kesemua mangsa ditempatkan di tempat perlindungan sementara di Dewan Arena Kg Bukit Kuda dan dibekalkan keperluan asas. "Makanan, air, pakaian, tilam dan selimut disalurkan kepada mangsa bagi memenuhi keperluan mereka," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, ketua kampung, Hussein Salleh berkata agensi lain yang menyalurkan bantuan termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Khidmat Masyarakat Pejabat Parlimen Labuan.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan Labuan Corporation, Jahmurniwati Markum, berkata mesyuarat jawatankuasa bencana alam akan diadakan esok untuk membincangkan bantuan yang perlu disediakan kepada mangsa. Dalam kebakaran pada petang Rabu itu, dua orang mengalami kecederaan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Nukleus Labuan.


Sumber info

Popular Posts