Saturday 30 May 2015

Kabinet lantik Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah jurucakap isu 1MDB.

Kabinet hari ini melantik Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad 
Husni Hanadzlah sebagai jurucakap kerajaan berhubung 1MDB.

SHAH ALAM: Kabinet hari ini melantik Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai jurucakap kerajaan bagi menjawab persoalan berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata perkara itu diputuskan bagi mengelak sebarang percanggahan maklumat berhubung kemelut 1MDB sekiranya kenyataan mengenai isu itu dikeluarkan pelbagai pihak.

"Mesyuarat kabinet yang diadakan pagi tadi telah memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Husni sebagai jurucakap untuk (menjawab persoalan berhubung) 1MDB.

"Sebarang maklumat berhubung isu dan perkembangan terkini termasuk hala tuju dan pelan pemulihan 1MDB perlu dirujuk kepada beliau selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran peralatan memancing dan aktiviti luar 2015 di Setia City Convention Centre di sini, hari ini.

Mengulas pembentangan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet hari ini, Mah berkata beliau berpuas hati dan yakin kemelut 1MDB dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Bernama |Kemas kini:Mei 29, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 29, 2015 21:59 MYT


Popular Posts