Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas jawapan bertulis yang diberinya di Dewan Rakyat berhubung aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Singapura, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, selepas Putrajaya mengatakan ia disediakan pegawai Kementerian Kewangan. Bekas perdana menteri itu menulis di blognya, seorang menteri mesti sentiasa memeriksa dan memastikan jawapan bertulis yang dikeluarkan atas namanya mengandungi maklumat tepat.
................................................................................................................................................
LABUAN: Kira-kira 120 rumah papan di perkampungan atas air di Kampung Saguking, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi, mengakibatkan lebih 800 penduduk hilang tempat tinggal. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dikatakan bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berikutan kedudukan yang rapat antara satu sama lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.50 malam.
....................................................................................................................................
4.65 Juta Terima Bayaran Br1m Esok
Putrajaya: Seramai 4.65 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan menerima pembayaran mulai esok. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran peringkat kedua ini turut membabitkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima. "Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing." Bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
......................................................................................................................................................................................................
Gadis 16 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup Sehingga Mati
GUATEMALA CITY – Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi. Menurut laporan Daily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun,
......................................................................................................................................................
Kuala Lumpur: Pelakon, Raja Farah Raja Aziz sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah tadi. Megat Bashirun Qhuyum, 30, melafazkan talak satu itu pada prosiding tertutup di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus. Pada prosiding itu, Raja Farah selaku plaintif diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz Roslan manakala Megat Bashirun Qhuyum tidak diwakili peguam.
........................................................................................................................................................................................................
Berita terkini suspek yang menyerang Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri (JPM)Putrajaya telah disahkan meninggal dunia petang tadi namun identiti lelaki tersebut masih belum dikenali.Kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang di mana suspek telah melibas parang ke atas polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.Wanita yang bersama suspek kini masih dirawat di hospital yang sama.
..................................................................................................................................................
MISTERI LUKISAN BERHANTU " The hands resist him"
Sekitar bulan februari tahun 2000, sekeping lukisan telah muncul dibuka untuk bidaan dilaman sesawang eBay. Lukisan yang bertajuk 'The Hands Resist Him' ini dengan pantas diangkat reputasinya setelah bilangan 'viewed'nya mencapai hampir sepuluh ribu orang, disamping beberapa orang telahpun mengambil bahagian untuk membida lukisan ini hanya dalam masa beberapa hari ia dimuat naik.
...................................................................................................................................................