Thursday 28 May 2015

Najib bertanggungjawab atas jawapan bertulis dana 1MDB di Singapura, kata Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib perlu bertanggungjawab atas jawapan bertulisnyadi Dewan Rakyat berhubung1Malaysia Development Berhad, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas jawapan bertulis yang diberinya di Dewan Rakyat berhubung aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Singapura, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, selepas Putrajaya mengatakan ia disediakan pegawai Kementerian Kewangan.
Bekas perdana menteri itu menulis di blognya, seorang menteri mesti sentiasa memeriksa dan memastikan jawapan bertulis yang dikeluarkan atas namanya mengandungi maklumat tepat.
"Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada perdana menteri atau menteri oleh ahli Parlimen, walaupun jawapan itu disediakan pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku.
"Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi,” katanya. – 28 Mei, 2015.

Popular Posts