Thursday 4 June 2015

Gadis Barbie Hidup.


Valeria Lukyanova boleh ke tepi kerana sudah ada ‘Barbie manusia’ baru mengambil alih tempatnya.

Lebih menarik lagi, Barbie manusia baru ini memang dibesarkan seperti anak patung hidup sejak dilahirkan.

Angelica Kenova, 26, yang menetap di Moscow, Russia, dilayan seperti puteri sejak kecil lagi tetapi hingga ke saat ini, semua keputusan mengenai dirinya, baik dalam memilih pakaian atau makanan, ditentukan ibu bapanya.

“Saya tidak dibenar keluar seorang diri atau melakukan sesuatu seperti yang dilakukan wanita dewasa lain sesuka hati.

“Hasilnya saya tidak hidup di dunia sebenar. Hidup saya seperti patung,” katanya.


Ibunya, Natalia dan bapanya, Evegniy mengawal ketat semua kegiatan seharian anak mereka.

Mereka juga yang menentukan diet dan program senaman untuk Angelica supaya dia mengekalkan bentuk badan seperti anak patung.

Walaupun sangat mengawal, ibu bapa Angelica tidak kisah dia bergambar separuh bogel.

Angelica memberitahu, dia mempunyai bentuk badan dan wajah seperti patung Barbie tanpa melakukan pembedahan plastik.

Gadis itu mempunyai lilitan pinggang 51 sentimeter dan berat hanya 38 kilogram.
“Saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik.

“Pembedahan plastik diperlukan sekiranya seseorang itu mempunyai kecacatan serius pada tubuhnya,” ujarnya.



Walaupun sudah dewasa, Angelica masih tinggal bersama keluarganya.

“Ibu bapa saya tidak membenarkan saya berpindah ke rumah sendiri

“Saya juga tidak dibenarkan membeli pakaian tanpa ditemani ibu saya.

“Dia yang memilih pakaian untuk saya kerana dia lebih arif dengan bentuk badan dan imej saya,” jelasnya.

Menurutnya, ibunya juga akan menemaninya setiap kali dia keluar dengan lelaki.


“Sebab itu saya tidak pernah ada kekasih. Semua rakan lelaki hanya menganggap saya kawan biasa,” katanya.

Natalia dan Evegniy bersungguh-sungguh mahu melihat anak mereka berjaya sebagai model dan sangat berbangga walaupun dia bergambar separuh bogel dalam sesi fotografi.

Bercakap mengenai masa depannya, Angelica berkata, dia mahu menjadi model majalah Playboy dan mengecapi kebebasan seperti wanita lain.

“Saya sudah dewasa dan sepatutnya saya hidup berdikari seperti wanita lain.

“Bagaimanapun, ibu bapa mahu saya tinggal bersama mereka dan saya tidak mahu membuat keluarga saya sedih,” jelasnya. - Agensi.



Popular Posts