Sekiranya anda ingat, tidak lama dahulu pernah tular di media sosial tentang beberapa orang doktor lelaki yang berwajah kacak dan segak sehinggakan ramai di kalangan wanita yang bercerita tentang kisah itu. Sehinggakan ada yang bergurau sanggup buat-buat sakit semata-mata mahu dirawat oleh doktor tersebut.
Kemudian tular pula kisah cikgu yang hensem hingga menjadi siulan anak-anak gadis. Tidak lama selepas itu kisah abang bomba kacak mendukung mangsa dari kebakaran pula menjadi tular.
Dan kini lain pula senarionya apabila melibatkan wanita pula. Kisahnya adalah apabila tersebar beberapa keping foto tentang seorang doktor wanita dari Filipina yang mampu menggetarkan tulang rusuk kaum adam malah mampu menggoncang iman sesiapa yang melihatnya.
Krestle Lailene Deomampo, itulah nama gerangan si doktor cantik jelita ini. Memang agak berbelit lidah untuk menyebut namanya jika anda belum lihat wajahnya. Namun lepas anda lihat wajahnya, automatik nama itu melekat di minda, agaknya.
Krestle dikatakan menjadi tular di media sosial dek kerana memiliki rupa paras yang cantik. Bukan itu sahaja, profesionnya sebagai seorang doktor sunat turut menjadikannya semakin popular kerana kebiasaannya bidang tersebut dikuasi oleh golongan lelaki. Jika ada pun rasanya belum jumpa lagi secantik ini.
Sebelum itu diulangi ya, doktor sunat. Ya, pasti anda tak berapa yakin dan tertanya-tanya boleh ke doktor secantik ini menyempurnakan tugasnya itu. Bukan apa, bayangkan kalau yang datang mahu bersunat itu seorang lelaki yang sudah berumur belasan tahun, atau boleh jadi sudah berusia 20an.
Manalah kita tahu kan sebab kes ini bukan di Malaysia. Kalau di Malaysia kebiasaannya paling lewat pun umur 13 tahun bersunat. Kalau di Filipina tidak dapat dipastikan pula.
Sementara itu sebuah laman berita melaporkan, Deomampo menjadi fenomena dalam kalangan penduduk tempatan selepas kelibatnya dilihat buat kali pertama sewaktu menyertai sebuh acara amal yang diadakan oleh San Pedro Highschool, Laguna.
Sejak itu, nama Deomampo meniti di bibir orang ramai dan populariti beliau yang berasal dari Davao itu semakin memuncak apabila berjaya menyunatkan 28 orang remaja sewaktu menyertai acara kebajikan itu. Remaja umur berapa lah agaknya. Bahaya juga kan, hahaha..
Sekembalinya dari acara itulah nama Deomampo menjadi tular di mana foto-fotonya mula tersebar. Rata-rata netizen memuji kecantikan semulajadi yang dimiliknya, bahkan mereka telah ‘menganugerahkan’ beliau dengan gelaran doktor sunat paling cantik di dunia.
Ada juga segelintir netizen sempat bergurau menyatakan hasrat untuk disunat buat kali kedua jika Deomampo yang akan melakukan prosedur itu. Amboi bukan main lagi netizen, kalau yang muda bergurau macam tu tak apalah juga, kalau sudah tua bangka? Matilanakkk…
Selain video diatasi, ada juga video link yg berkaitan dengan Deomampo di Youtube
Jom lihat video Deomampo di bawah menerusi YouTube.